Bekas pemain remaja kebangsaan Sepanyol, Juan Muniz, mencetak nama sebagai penjaring hatrik untuk membawa JDT memenangi piala berprestij itu selain mengekalkan rekod kejuaraan tiga kali berturut-turut.
Kehadiran keluarga buat kali pertama ke Malaysia menjadi sumber inspirasi di sebalik kecemerlangan pemain berusia 32 tahun itu hingga diangkat sebagai pemain terbaik aksi tersebut.
Who's on the scoresheet again? ?
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 24, 2024
Juan Muniz!#JDTvSEL#PialaFA#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/ug7UEjyvFx
"Apa yang boleh saya katakan ialah ini merupakan waktu terbaik menjaringkan tiga gol dalam final lebih-lebih lagi menentang musuh tradisi, Selangor, selain menambah koleksi membawa pulang trofi kejuaraan sangat bermakna buat saya.
"Ketika itu perasaan saya sangat teruja kerana kehadiran keluarga menonton saya beraksi membuatkan saya lebih bersemangat," katanya.