Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mengesahkan penyertaan pemain import baru, Yamil Romero, dalam aksi final Piala FA, 20 Mei ini, selepas pasukannya menyingkirkan Negeri Sembilan dalam separuh akhir menerusi agregat 3-1.
Menggantikan tempat penyerang, Bright Dike, pemain tengah kelahiran Argentina itu turut kelihatan sudah bersama skuad Pahang ketika aksi separuh akhir kedua di Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Ketika diminta mengulas mengenai perancangan terhadap Romero ketika jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia dibuka esok, ini pengesahan Dollah:
"Kami akan lihat keadaan dahulu kerana saya masih belum mendapat sebarang maklumat. Kalau sempat proses, Insya-Allah, mungkin dia akan beraksi pada 20 Mei ini."
Sementara itu, Dollah mengakui jaringan pendahuluan Heo Jae-won pada awal permainan menjadi titik tolak kemenangan 2-1 ke atas skuad Jang, semalam.
"Kami dapat gol awal, itu sebenarnya yang menyuntik semangat dan motivasi pemain. Negeri Sembilan mula merudum. Aksi pemain saya juga lebih berdisiplin berbanding perlawanan sebelum ini," tambahnya.
Selain gol Jae-Won, Tok Gajah memperoleh jaringan kedua menerusi Christie Jayaseelan yang membatalkan jaringan pemain Negeri Sembilan, Bruno Suzuki, untuk mengesahkan skuad itu bertemu Kedah dalam final.