LIGA INGGERIS
Final Piala EFL: Newcastle United bergaya tewaskan Liverpool, rangkul kejuaraan pertama dalam tempoh 70 tahun!
Buat pertama kali dalam tempoh 70 tahun, Newcastle United berjaya memenangi membawa pulang trofi kejuaraan terulung selepas menewaskan Liverpool 2-1 di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Kejayaan penuh gemilang itu menyaksikan anak buah Eddie Howe mengakhiri kemarau penuh derita itu untuk mendapatkan gelaran Piala Liga Inggeris (EFL) dengan penuh bergaya, sekali gus menyambut meriah bersama penyokong kesayangan.
Sudah pasti, ia merupakan malam yang tidak akan dilupakan oleh peminat tempatan yang sudah menunggu lama saat itu.
Iklan
WE ARE NEWCASTLE UNITEDCARABAO CUP WINNERS#wedontdoquiet pic.twitter.com/83eJqEr3gb— Newcastle United (@NUFC) March 16, 2025
Meskipun tanpa penguasaan penuh, The Magpies memiliki sentuhan peluang yang lebih baik berbanding pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan mencipta 17 percubaan secara keseluruhan.
Ia bukanlah permulaan yang sempurna buat The Reds tatkala tandukan Dan Burn pada separuh masa pertama menewaskan penjaga gol, Caoimhin Kelleher, menjadi pencetus semangat kepada Newcastle United.
Memasuki babak kedua permainan, pemain kebangsaan Sweden, Alexander Isak, menambah sengsara skuad kendalian Arne Slot untuk jaringan kedua, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dibatalkan oleh penjaga garisan ekoran ofsaid.
Tetapi, beberapa minit kemudian, dia sekali lagi memastikan sepakan derasnya berjaya menggandakan kedudukan 2-0 untuk kelebihan yang terus memberi tekanan kepada pasukan lawan.
NEWCASTLE WIN THE EFL CUPTheir first major English trophy in 70 years 🏆 pic.twitter.com/E1XUmh5wIx— B/R Football (@brfootball) March 16, 2025
Liverpool menerusi penyerang sensasi Mohamed Salah cuba untuk mengatur serangan berbahaya, namun berjaya dipatahkan dan Newcastle United kekal bertahan dengan baik sehingga minit akhir aksi tersebut.
Jaringan sagu hati oleh Liverpool hadir ketika masa tambahan melalui pemain gantian, Federico Chiesa, tetapi segalanya sudah terlambat buat calon juara EPL itu untuk berputih mata pulang ke Anfield.
Must-Watch Video