Liverpool kehilangan deretan pemain dalam kesebelasan utama dan keadaan kian getir apabila Ryan Gravenberch terpaksa dikeluarkan selepas setengah jam permainan gara-gara kecederaan buku lali dan The Reds terpaksa menamatkan perlawanan penting itu dengan empat pemain akademi.
Bagaimanapun, barisan pemain muda itu beraksi kental sebelum ketua pasukan, Virgil van Dijk, menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-118.
"Dalam lebih 20 tahun ini, amat mudah untuk saya katakan ini merupakan trofi paling istimewa pernah saya menangi. Itu sudah pasti," kata Klopp, yang akan meninggalkan pasukan itu pada penghujung musim ini, dengan penuh emosi selepas wisel penamat.
"Adakala saya ditanya sama ada saya berbangga dengan beberapa perkara dan ia amat sukar untuk dikatakan. Saya harap saya dapat berasa bangga dengan lebih kerap tetapi malam ini, ia perasaan yang tidak dapat dikawal.
"Saya amat berbangga dengan semua orang dan segalanya di sini. Saya berbangga dengan penyokong dengan cara mereka mendorong kami. Saya berbangga dengan staf kami kerana mencipta suasana seperti ini, di mana pemain kami boleh melakukan apa yang terbaik mereka boleh lakukan.
"Saya berbangga dengan akademi kami. Saya berbangga dengan jurulatih saya. Saya berbangga dengan banyak perkara. Ia amat sukar untuk dibendung.
"Ia tiada kena-mengena dengan ini mungkin menjadi perlawanan terakhir saya di Wembley," katanya.
Boss. ? pic.twitter.com/5UgRDPgXPm
— Liverpool FC (@LFC) February 25, 2024