Dua jaringan pemain kebangsaan England, Cole Palmer, membantu Chelsea merangkul kejuaraan dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab menewaskan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), di Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.
Sedangkan peratusan populasi dunia memihak kepada gergasi Perancis itu, namun siapa sangka juara edisi kali ini datang daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).
Rembatan pemain berusia 23 tahun itu meletakkan The Blues di hadapan menewaskan Gianluigi Donnarumma pada minit ke-22.
Berselang lapan minit kemudian, Palmer sekali lagi menggugat pertahanan johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu yang menyaksikan pasukan lawan bolos kali kedua dan kedudukan selesa buat Chelsea.
Penyerang terbaharu dari Brighton and Hove Albion, Joao Pedro, memberikan mimpi ngeri buat skuad kendalian Luis Enrique, sekali gus mencalar maruah PSG dalam kejohanan berprestij itu disaksikan hampir 80,000 penyokong.
Meskipun mendominasi keseluruhan permainan, namun PSG tidak mampu melakar kebangkitan dan terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara walaupun hampir melengkapkan mahkota kegemilangan musim ini.
Sejak memegang jawatan ketua jurulatih, ini adalah kejuaraan Eropah kedua buat Enzo Maresca bersama Chelsea selepas turut menjuarai Liga Persidangan Eropah (UECL) di Poland, sebelum ini.
Sementara itu, walaupun suhu aksi mencecah 30 darjah celcius dan difahamkan sangat panas, namun Palmer kekal tenang hingga diangkat selaku Pemain Terbaik Kejohanan dengan persembahan sensasi dan memukau.
Acara penyerahan trofi membabitkan Presiden AS, Donald Trump, turut meraikan kejayaan itu bersama Chelsea.

CHAMPIONS OF THE WORLD. pic.twitter.com/wWUEoi25Ov
— Chelsea FC (@ChelseaFC) July 13, 2025