Penjualan tiket bagi perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 di antara skuad negara menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok dilaporkan sudah mencecah 2,500 keping setakat ini.

Perkara itu dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom sebentar tadi.





Sebagai rekod, kehadiran bagi aksi pertama di antara Harimau Malaya dan Filipina mencecah sekitar 15,800 keping.