Misi getir menanti ketua jurulatih PDRM, P. Maniam, yang berkorban dalam menyambut perayaan Thaipusam hari ini, bagi memenuhi keperluan persediaan pasukannya menjelang pentas akhir pertama MFL Challenge Cup berdepan Selangor, Sabtu ini.
Di atas dasar keperluan pasukan, latihan pada pagi Selasa dianggap penting, memandangkan Sang Saka Biru tidak rela berputih mata terlepas gelaran juara sekali lagi selepas muncul juara musim lalu.
Dia berasakan gelaran itu perlu di pertahankan, walaupun sedia maklum dengan reputasi The Red Giants jauh lebih baik di atas kertas.
"Semestinya hari ini perayaan Thaipusam, pagi ini kehadiran saya ke sesi Latihan penting untuk tunjukkan saya komited untuk PDRM.
"Dalam bola sepak semua boleh berlaku, pemain PDRM akan berikan mutu permainan menyerang dan bagus di atas padang. Pemain perlu percaya diri dan pasukan perlu ikuti taktikal yang kami terapkan semasa di atas padang nanti." katanya kepada Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, hari ini.
Debaran menjelang perlawanan final pertama antara Selangor dan PDRM kian terasa dengan baki empat hari sahaja lagi saksikan siaran langsung menerusi saluran Arena Bola 803.

Sambutan Thaipusam P Maniam berbeza tahun ni, gara gara final MFL Challenge Cup pic.twitter.com/NgGQJcmnhN
— FinaNasrom (@fnasrom) February 11, 2025