LIGA SUPER MSIA
Final MFL Challenge Cup: PDRM tidak tertekan pertahan kejuaraan
Semangat luar biasa ditampilkan barisan PDRM sepanjang sesi latihan sepanjang minggu ini melegakan ketua jurulatih Sang Saka Biru, P Maniam, menjelang pertemuan getir pertama final MFL Challenge Cup bertemu Selangor di Stadium MBPJ, malam esok.
"Pemain akan meneruskan (kesungguhan tinggi) ketika perlawanan.
"Biasanya kami garang mengasak dalam 10 minit terakhir. Tetapi kami tidak mahu menunggu (gol) hingga saat-saya minit kerana adakalanya ia menjadi dan tidak.
Iklan
"Sebaik wisel berbunyi, kami perlu berjuang sambil mengharapkan keputusan memihak kami.
"Selangor merupakan pasukan handalan, mempunyai pemain bagus dan tidak kalah dalam 10 perlawanan berturut-turut.
"Sudah tentu tahap kami berbeza tapi dengan pengaruh pemain seperti Ifedayo Olusegun dan Faith Friday Obilor, kami mampu bersaing.
"Kalau kami bermain bersungguh-sungguh sebagai sebuah pasukan, kami ada peluang untuk kemenangan," katanya dalam sidang media praperlawanan sebentar tadi.
Begitupun, Maniam enggan memberi tekanan tinggi kepada Sang Saka Biru untuk mempertahankan kejuaraan itu, sebaliknya mahu anak buahnya menikmati perlawanan itu.
Must-Watch Video