Skip to main content

Bola Sepak

Final MFL Challenge Cup: Mourinho tolong jawab bagi pihak PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

moruinho.jpg
Skuad PDRM terpaksa akur dikenakan hukuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kesalahan menurunkan pemain yang menjalani penggantungan. 

Tindakan itu menyebabkan juara MFL Challenge Cup itu dikenakan penalti kekalahan 0-3 selain didenda biarpun perlawanan final pertama berakhir 2-3. 

Semalam, Sang Saka Biru dijatuhi hukuman setelah didapati melanggar Artikel 57 dan Artikel 32 Kod Tatatertib FAM kerana menurunkan pemain yang tidak berkelayakan dalam perlawanan final pertama pada Sabtu lalu. 



Lantas, Mourinho sebentar tadi 'tampil' mewakili PDRM dalam satu ciapan di X bahawa mereka tidak ingin terjerumus dalam masalah yang lebih besar dengan bertindak mengulas mengenai isu itu menjelang perlawanan timbal balik di Stadium MBPJ malam ini. 


 

Advertisement

Must Watch Video