BARCELONA 3 REAL MADRID 2
Antonio Rudiger berdepan kemungkinan penggantungan panjang selepas didapati membaling ais ke arah pengadil dan menjerit agresif ketika ditenangkan oleh rakan sepasukannya sewaktu Real Madrid tewas 2-3 kepada Barcelona dalam final Copa del Rey di Estadio de La Cartuja awal pagi tadi.
Pengadil, Ricardo de Burgos Bengoechea, turut melayangkan kad merah kepada Jude Bellingham dan Lucas Vazquez gara-gara melakukan protes pada penghujung perlawanan itu.
De Burgos menulis dalam laporan selepas perlawanannya bahawa Rudiger "melemparkan objek dari kawasan kejurulatihan yang tidak sampai kepada saya" sambil menambah bahawa pertahanan Madrid itu mempamerkan "sikap agresif".
Rudiger telah pun digantikan ketika dia terpaksa ditahan oleh pemain dan kakitangan Madrid, di mana dia kelihatan memegang beg kecil berisi ais dan berterusan menjerit ke arah De Burgos dengan agresif.
Dalam perlawanan itu, Pedri meletakkan Barca di depan pada minit ke-28 sebelum Kylian Mbappe dan Aurelien Tchoumani memadamkan kelebihan itu, masing-masing dengan jaringan pada minit ke-70 dan 77.
Bagaimanapun, Ferran Torres kembali mengikat kedudukan buat Blaugrana pada minit ke-84 sebelum gol dramatik Jules Kounde dalam masa tambahan memberikan kemenangan buat Barca.