Pendahulu Liga Perdana Thailand, Buriram United, menyalakan harapan untuk merangkul kejuaraan rantau Asia Tenggaran (ASEAN) selepas mengikat kelab Vietnam 2-2 dalam perlawanan akhir timbal balik pertama Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee, sebentar tadi.
Cong An Ha Noi (CAHN) gagal menggunakan kelebihan selaku tuan rumah untuk membawa kelebihan jaringan, sebaliknya semangat juang yang ditunjukkan oleh anak buah Osmar Loss Vieira jelas merugikan pasukan itu.
CAHN terlebih dahulu membuka tirai jaringan menewaskan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom, menerusi tampanan Leo Artur, sebelum tandukan Curtis Good pada minit ke-28 menyamakan kedudukan 1-1.
Alan Sebastiao Alexandre menggunakan kesempatan kelam kabut pertahanan Buriram United untuk menghukum pelawat dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Asakan demi asakan, akhirnya Peter Zulj menemui jaringan menerusi bola muntah daripada hadangan kurang sempurna oleh Filip Nguyen memberikan gol penyamaan 2-2 oleh Buriram United.
Aksi timbal balik kedua bakal berlangsung pada Rabu depan dengan penentuan juara menjadi tumpuan utama pertandingan edisi sulung itu.