Skip to main content

Bola Sepak

FIFPRO bantah format baru FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

infantino.jpg
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) seakan-akan meletakkan kebajikan pemain dalam risiko menerusi perancangan membuta-tuli memperkenalkan 32 pasukan dalam Piala Dunia 2026.

Persatuan Pemain Profesional (FIFPRO) muncul memberikan kenyataan ringkas mereka terhadap versi baharu kejohanan itu dalam satu sidang akhbar malam tadi. 

Mesyuarat Majlis FIFA pada hari ini meneruskan langkah untuk cuba memperluaskan pertandingan itu yang akan diadakan setiap empat tahun sekali.

 

FIFA turut mengumumkan pengenalan Piala Dunia Kelab Wanita, manakala kejohanan 'Siri Dunia' akan dianjurkan oleh negara dari benua berbeza pada setiap tahun.

Bagaimanapun, kesatuan global yang mewakili pemain bola sepak profesional itu mengecam langkah tersebut sambil menegaskan tiada dialog diadakan di antara mereka sebelum langkah berkenaan dimuktamadkan. 

Advertisement

Must Watch Video