BOLA SEPAK MSIA
FIFA Youth Series: Skuad muda Harimau Malaya tewas dua kali di Zurich
Skuad Malaysia bawah 16 tahun (B16) memulakan kempen FIFA Youth Series dengan langkah kiri apabila tewas kepada Paraguay dalam perlawanan Kumpulan B di Zurich, Switzerland.
Malaysia merupakan enam negara yang menyertai kejohanan sulung anjuran Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu selain New Zealand Tunisia dan tuan rumah.
Iklan
Anak buah Javier Jorda Ribera mengalami kekalahan kedua kepada wakil Afrika Selatan, Tunisia, dengan keputusan 0-2 dengan kekurang seorang pemain akibat pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Syazani Yussairi Yuszairi, dilayangkan kad merah akibat terjahan keras ke atas Islem Aloui.
Malaysia akan meneruskan cabaran berbaki satu aksi sahaja lagi dengan penentuan tempat kelima dan keenam.
Untuk rekod, kem kebangsaan merupakan satu-satunya wakil terpilih dari rantau Asia yang menyertai kejohanan terbaru itu.
Must-Watch Video