Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menitipkan doa dan sokongan buat penyerang Liverpool, Luis Diaz, berikutan kes penculikan kedua orang tua pemain itu di Colombia.
Ibu kepada Diaz disahkan telah diselamatkan pihak berkuasa dan selepas pemain itu pulang ke negaranya untuk bersama ahli keluarganya, pihak berkuasa Colombia mula meningkatkan operasi pencarian bapanya yang masih belum ditemui.
Presiden FIFA, Gianni Infantino, berkata dalam satu kiriman Instagram: "Bagi pihak FIFA dan komuniti bola sepak global, saya mahu menitipkan doa dan sokongan buat Luiz Diaz, keluarga dan rakannya dalam menghadapi waktu sukar ini."
Persekutuan Bolasepak Colombia (FCF) turut mengeluarkan satu kenyataan dalam X dan menuntut untuk pihak yang bertanggungjawab menculik bapa Diaz agar segera memulangkannya tanpa sebarang syarat.
FCF berkata: "Kami menuntut mereka yang menyembunyikan Luis Manuel Diaz, bapa kepada @LuisFDiaz19, segera melepaskannya tanpa sebarang syarat. Bola sepak adalah kedamaian. Kami bersama anda. Colombia bersama anda."

Pedimos a los captores de Luis Manuel Díaz, padre de @LuisFDiaz19, que lo liberen ya, sin condiciones. El fútbol es paz. Lucho, estamos contigo. Colombia está contigo.#TodosSomosLucho#TodosSomosColombia?? pic.twitter.com/j0cZ3ZJCcM
— Selección Colombia (@FCFSeleccionCol) October 29, 2023