Rubiales enggan meletakkan jawatan di sebalik kekecohan besar yang ditimbulkannya berikutan tindakannya mencium bibir Jenni Hermoso ketika dia mengalungkan pingat buat ketua pasukan itu selepas Sepanyol menang 1-0 ke atas England di Sydney.
Semalam, Hermoso menegaskan dia tidak bersetuju dengan ciuman itu sementara RFEF mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas komen yang dibuat oleh penyerang itu.
Keadaan mula berubah apabila FIFA membuka prosiding tatatertib ke atas Rubiales Khamis lalu dan dalam satu kenyataan lanjutan hari ini, pegawai berusia 46 tahun itu akan dilarang "daripada menyertai semua aktiviti berkaitan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa" untuk tempoh awal 90 hari.
The FIFA Disciplinary Committee provisionally suspends Luis Rubiales, president of the RFEF ⬇️https://t.co/9imRUJDR15
— FIFA Media (@fifamedia) August 26, 2023