Rubiales didapati mengucup bibir peman wanita Sepanyol, Jenni Hermoso, sewaktu penyampaian trofi Piala Dunia sebaik menewaskan England dalam aksi final pada 20 ogos lalu.
Biarpun Rubiales pada awalnya kelihatan mahu mengekalkan jawatannya, dia kemudian meletakkan jawatan itu pada bulan lalu dan kini dihukum gara-gara melanggar Artikel 13 Kod Disiplin FIFA.
“Jawatankuasa Disiplin FIFA telah menggantung Luis Rubiales, bekas presiden Persatuan Bolasepak Sepanyol (RFEF), daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selama tiga tahun setelah mendapati melanggar artikel 13 Kod Tatatertib FIFA,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan
“Kes ini berkaitan dengan peristiwa yang berlaku semasa perlawanan akhir Piala Dunia Wanita FIFA pada 20 Ogos 2023, yang mana Encik Rubiales telah digantung sementara untuk tempoh awal selama 90 hari.
“Encik Rubiales telah dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA hari ini.
“FIFA mengulangi komitmen penuh dalam menghormati dan melindungi integriti semua orang dan memastikan peraturan asas berkelakuan baik terus ditegakkan.”
The FIFA Disciplinary Committee has banned Luis Rubiales, the former president of the Spanish Football Association, from all football-related activities at national and international levels for three years
— FIFA Media (@fifamedia) October 30, 2023
▶️ https://t.co/BtyFhH5Fmt pic.twitter.com/wROu12rJPm