'Piala Dunia Asia Tenggara', Piala AFF, berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Berita baik itu dimaklumkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino, yang meluahkan hasratnya untuk membantu agar Piala AFF segera dinaik taraf sebagai kejohanan rasmi badan induk bola sepak dunia berkenaan.
Katanya, menerusi populasi dan capaian penyokong yang tinggi, Piala AFF berpotensi besar menjadi kejohanan yang dihormati dan berkembang pesat, lapor laman berita Vietnam, Zingnews.
“Jika kita bekerjasama, saya pasti Piala AFF akan menjadi lebih besar dengan kelulusan FIFA,” ujar Infantino.
Tambahnya, kejohanan dwitahunan itu dianggap sebagai pertandingan penting buat lebih 650 juta penduduk di rantau Asia Tenggara.
"Semua rakyat ASEAN sangat menyukai bola sepak.
“Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, negara-negara ASEAN meminati bola sepak dan membuat pencapaian dalam bola sepak lelaki dan wanita,” katanya.
Pengiktirafan kejohanan seperti Piala AFF bakal memberi kelebihan kepada negara-negara bertanding untuk memperoleh lebih banyak mata ranking FIFA.
Infantino pada Isnin lalu menyaksikan final kedua Piala AFF di Stadium Thammasat yang menemukan Thailand dan Vietnam.
Pada aksi itu, Thailand menewaskan Vietnam 1-0 untuk muncul juara dengan agregat 3-2.
Kredit: Sinar Harian