Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dilaporkan telah menolak permohonan Indonesia untuk menukar pengadil menjelang perlawanan pusingan keempat kelayakan Piala Dunia menentang Arab Saudi di Jeddah awal pagi Khamis ini.
Menurut laporan CNN Indonesia, permohonan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk menggantikan pengadil dari Kuwait, Ahmad Al Ali, tidak berhasil.
Sebelum ini, PSSI menghantar surat bantahan kepada FIFA selepas badan induk itu mengetahui bahawa pengadil yang akan mengendalikan perlawanan skuad kebangsaan mereka dengan Arab Saudi berasal dari Kuwait.
Ketua Umum PSSI, Erick Thohir, mengesahkan pihaknya telah menghantar surat berkenaan sebagai tanda protes memandangkan pengadil itu berasal dari rantau yang sama dengan lawan yang akan dihadapi mereka.
PSSI meminta agar pengadil yang akan mengadili perlawanan itu dipilih dari negara neutral dan rantau berbeza.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang