LIGA SUPER MSIA
FIB jawab dakwaan percanggahan maklumat, bakal adakan siasatan
Badan bebas, First Instance Body (FIB), menjawab dakwaan Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar, berhubung kenyataan mengenai pelepasan lesen terhadap skuad The City Boys itu.
Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, dalam repons segeranya kepada Fina Nasrom berkata kelab itu sudah mengemukakan dokumen yang lengkap dan mustahil pihaknya melakukan keputusan yang salah.
Jawatankuasa FIB meluluskan lesen tersebut berdasarkan surat deklarasi pembayaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dihantar oleh KL City menyatakan tiada tunggakan bayaran berlaku.
Iklan
Akibat daripada percanggahan maklumat yang diberikan oleh kelab Liga Super itu, FIB kini akan memulakan siasatan ke atas perkara tersebut dengan serta-merta.
Must-Watch Video