Pemain berusia 37 tahun itu pada April lalu menyatakan hasratnya untuk kembali ke Brazil sebelum menamatkan kempen kesembilannya di Stadium Etihad untuk merekodkan 383 penampilan bersama City.
Fernandinho mengambil alih tugas sebagai kapten City selepas pemergian David Silva pada 2020 dan memenangi lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), empat trofi yang terakhir adalah ketika di bawah pengurusan Pep Guardiola.
Tetapi pemain tengah bertahan yang telah memenangi 53 penampilan bersama Brazil itu kurang diberikan peranan sepanjang musim 2021-22 apabila hanya memulakan 17 perlawanan sambil Rodri menikmati kempen hebat di bahagian tengah barisan Guardiola tersebut.
??️ Bem-vindo de volta, @fernandinho!
— Athletico Paranaense (@AthleticoPR) June 27, 2022
Welcome back, @fernandinho!
? José Tramontin/athletico.com.br #BemVindoFernandinho #WelcomeFernandinho pic.twitter.com/2MkzBmoWWX
Athletico Paranaense pada malam tadi menciap gambar Fernandinho dengan Presiden, Mario Celso Petraglia, di Twitter berserta kapsyen: "Selamat kembali, Fernandinho!"
Fernandinho menghabiskan tiga musim bersama kelab yang berpangkalan di Curitiba itu sebelum menyertai Shakhtar Donetsk pada 2005, di mana dia memenangi enam kejuaraan liga utama Ukraine.
Athletico Paranaense dibimbing oleh bekas jurulatih Brazil yang memenangi Piala Dunia, Luis Felipe Scolari, yang menyertai pasukan itu pada bulan lalu.