Ferguson, Wenger dua pengurus pertama dalam Hall of Fame EPL

Muzaffar Musa
Mac 29, 2023 07:08 MYT
Alex Ferguson dan Arsene Wenger menjadi dua pengurus pertama yang disenaraikan dalam Hall of Fame Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dua bekas pengurus yang pernah berseteru itu tersenarai untuk menyertai Hall of Fame EPL, yang mula diperkenalkan pada 2021.
Ferguson menguruskan Manchester United sejak awal era EPL sehinggalah persaraannya pada 2013, di mana dia mengumpulkan 13 gelaran liga sepanjang bersama The Red Devils.
Wenger pula mengepalai Arsenal memenangi tiga gelaran EPL dalam tempoh perkhidmatan paling panjang dalam sejarah kejohanan itu -- dari 1996 hingga 2018.
Sebagai rekod, hanya pengurus Manchester City, Pep Guardiola (empat), dan ketua jurulatih semasa AS Roma, Jose Mourinho (tiga), pernah menjuarai lebih daripada satu gelaran dalam saingan liga divisyen utama England itu.

? The Boss. #MUFC || @PremierLeague pic.twitter.com/x6Q8553Sog

— Manchester United (@ManUtd) March 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketua Eksekutif EPL, Richard Masters, berkata: "Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan dua pengurus pertama ini dalam Hall of Fame EPL.
"Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger kedua-duanya telah memberikan sumbangan bermakna dalam sejarah bola sepak di negara ini.
"Mereka membawa kejayaan yang berbeza, masing-masing di Manchester United dan Arsenal, dengan meningkatkan standard dan keterujaan penyokong dengan perseteruan yang melibatkan 16 gelaran sesama mereka."
Kedua-dua pengurus itu akan menyertai 16 pemain dalam Hall of Fame dengan tiga lagi pemain akan menyertai mereka berdasarkan undian penyokong.

? Our latest inductee to the Premier League Hall of Fame… It’s a special entry, Gooners ? ? One gold trophy ❤️ One Arsene Wenger pic.twitter.com/iNsBbe1A9t

— Arsenal (@Arsenal) March 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arsenal #Manchester United #Arsene Wenger #Alex Ferguson #Liga Perdana Inggeris
;