Skip to main content

Bola Sepak

Fergus Tierney teruja berguru dengan Nafuzi Zain, mahu bawa Sabah ke pentas Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fergus-tierney.jpg
Sekembalinya penyerang muda Harimau Malaya, Fergus Tierney, yang bakal mewarnai Liga Malaysia (Liga-M) 2025/2026 bersama Sabah diiringi dengan perkhabaran positif apabila penyerang berusia 22 tahun itu berada dalam senarai 30 pemain skuad kendalian Nafuzi Zai untuk mengharungi Piala AFF B-23 di Jakarta, pertengahan bulan depan. 

Tierney mula menarik perhatian peminat sukan tempatan apabila berkelana ke Liga Thailand bersama Chonburi dan Nakhon Pathom selain melakukan 12 penampilan bersama skuad B-23 negara dengan meledak tiga jaringan.

Apa yang lebih menarik, Tierney teruja untuk berguru di bawah kepimpinan Nafuzi Zain yang diibaratkan sebagai seorang jurulatih yang memiliki citarasa falsafah bola sepak yang dekat dengan dirinya.

Dalam pada itu, Tierney turut berkongsi faktor utama dirinya memilih untuk beraksi bersama Sabah musim hadapan kerana didorong oleh pengaruh dan nasihat ayahnya, Martin Tierney.




Martin pernah beraksi dalam kancah tempatan bersama Penang dan PDRM, lantas atas dasar itu, Nartin komited melihat anaknya menyinar.

Selain projek sukan di Sabah bagi musim mendatang menarik minat Tierney, faktor lain yang mendorong dirinya ke Negeri Di Bawah Byu itu ialah jalinan persahabatan bersama Darren Lok di luar padang yang menjadi nilai tambah dalam muka surat terbaru kariernya itu.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video