PIALA ASEAN
Fergus Tierney dibuang Chonburi kerana pilih wakili Harimau Malaya?
Beberapa media Thailand melaporkan keputusan Fergus Tierney mewakili Harimau Malaya dalam Piala ASEAN Mitubishi Eletric (AMEC) menjadi punca kontraknya bersama kelab Thai League 2, Chonburi FC, ditamatkan.
Semalam, kedengaran desas-desus bahawa Chonburi menamatkan kontrak pinjaman pemain muda itu serta-merta, yang dikatakan kerana dia tidak lagi berada dalam perancangan mereka.
Berdasarkan maklumat terbaru yang diterima wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, kontrak Fergus dikatakan ditamatkan kerana pemain itu memilih untuk mewakili Malaysia pada ketika kejohanan serantau itu berada di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Chonburi sedang bersaing dalam Thai League 2.
Menguatkan lagi spekulasi itu, satu kiriman daripada Talungballthai mendedahkan bahawa wartawan sukan terkenal negara itu, Jay Waropat, turut mengakui ia berpunca daripada keadaan itu.‘ Satu mata rasa macam kalah’ - Fergus ThierneyLagi tambah rasa kecewa, di fahamkan penamatan kontrak Thierney bersama Chonburi FC di sbbkan keputusan pemain itu meneruskan hasrat sarung jersi Harimau Malaya di Piala Amec ketika liga 2 Thailand masih berjalan. pic.twitter.com/80qTtK2DR3— FinaNasrom (@fnasrom) December 9, 2024
Iklan
"Perlu berikan kredit kepada Jay Waropat mengenai pembatalan kontrak Fergus Tierney," tulis kiriman itu.
"Setakat yang kami tahu, pemain itu memilih untuk beraksi dalam Piala ASEAN 2024 bersama Malaysia.
"Ia bukan perlawanan pada hari FIFA, yang membolehkan untuk mencapai kesepakatan terbaik dengan membatalkan kontraknya.
"Anda perlu memahami pihak kelab juga. Mengapa mereka perlu berpisah? Ini kerana musim Thai Legaue 2 masih berjalan."
Must-Watch Video