Skip to main content

Bola Sepak

Ferdinand senarai cadangan pemain untuk Amorim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ferdinand.jpg
Bekas pemain Manchester United, Rio Ferdinand, tampil mencadangkan kepada pengendali, Ruben Amorim, agar lebih fokus dan diberi keutaman terhadap perubahan jika mahu melihat pasukan kembali menyinar semula.

Menurutnya, Adam Wharton, Victor Osimhen, Matheus Cunha dan Jeremie Frimpong dilihat mampu memperkukuh The Red Devils menjelang musim baharu jika dibawa masuk.

Ferdinand melihat bahawa skuad yang ada ketika ini di bawah Amorim perlu melalui proses penstrukturan semula untuk perubahan tersebut.

“Tapi saya rasa empat pun boleh, walaupun mereka akan terikat dengan PSR (Peraturan Keuntungan dan Kelestarian),” katanya

Dalam siaran audio siar Rio Ferdinand Presents, bekas pertahanan England itu menyarankan agar United mendapatkan pemain tengah muda Crystal Palace, Adam Wharton, untuk digandingkan dengan Manuel Ugarte di bahagian tengah padang.
 
Begitu juga dengan masalah ketumpulan jentera serangan yang menghantui Manchester United ketika ini.

Namun dia melihat bahawa penyerang Nigeria, Victor Osimhen, jika diberi peluang mampu menyelesaikan masalah tersebut.

“Kita perlukan seseorang yang tahu bagaimana untuk menjaringkan gol... dan boleh menunjukkan kepada penyerang muda di Man United cara melakukannya.

“Kalau saya di Man United, saya akan pastikan ia berlaku,” Jelasnya.

Advertisement

Must Watch Video