Skip to main content

Bola Sepak

Ferdinand: Pep Guardiola pengurus terhebat sepanjang zaman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

guardiola.jpg
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya Pep Guardiola tidak perlu mengemudi pasukannya, Manchester City, mencapai kejayaan 'treble' bersejarah bagi meletakkannya sebagai pengurus bola sepak "terhebat" sepanjang zaman.

Jaringan Rodri pada minit ke-68 dalam kejayaan 1-0 Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Inter Milan, awal pagi tadi, sudah cukup untuk memastikan pengurus dari Sepanyol itu merangkul trofi utama ke-12 bersama City, sekali gus mengangkatnya sebagai pengurus pertama yang menjulang dua kejayaan 'treble' Eropah setelah turut melakukannya bersama Barcelona pada 2009.

Ferdinand yang pernah menikmati detik kemanisan UCL memuji pengurus City itu sambil menyifatkan visi Guardiola tidak mampu ditandingi. 




Dia memberitahu BT Sport: “Adakah dia memerlukan perlawanan ini untuk diiktiraf sebagai salah seorang yang terhebat, jika bukan yang terhebat? 

"Saya fikir kita semua bersetuju bahawa dia tidak memerlukannya berdasarkan corak permainan yang diterapkannya. 

"Dia bagaikan mempunyai sebuah pasukannya yang mampu melakar lukisan yang tidak pernah kita saksikan dalam seumur hidup.

"(Seperti Picasso), Michaelangelo, anda tetap mahu melakukannya."

Advertisement

Must Watch Video