Skip to main content

Bola Sepak

Felcra FC mula manfaat peluang bersaing dalam Liga Perdana

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

felcra7218.jpg
Felcra FC yang dilabel sebagai 'pasukan pelengkap' berjaya membuktikan kemampuannya untuk bersaing dalam Liga Perdana apabila mengikat Sabah 1-1 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Sebaik wisel pertama dibunyikan kedua-dua pasukan cuba mencari rentak dan skuad bimbingan Tarccsio Pugliese Barbulio itu membuka jaringan menerusi rembatan Anselmo Arruda Da Silva.

Pemain kelahiran Brazil itu terlepas daripada perangkap ofsaid sebelum melakukan rembatan deras ke arah penjaga gol, Randy Rining, pada minit ke-28.

Bagaimanapun, penguasaan Felcra tidak bertahan lama kerana Sabah berjaya mengimbangi perlawanan menerusi jaringan penalti yang diambil pemain Korea Selatan, Lee Kil-Hoon, pada minit ke-32.

Dalam babak berikutnya, kedua-dua pasukan berusaha keras mencari gol perbezaan, namun usaha mereka tidak berhasil untuk menamatkan perlawanan 1-1.

Felcra beraksi dalam Liga Perdana musim ini sebagai pengganti kepada Sime Darby FC yang mengambil keputusan menarik diri.

Keputusan hari ini:

Pulau Pinang 2 UKM FC 1
Kuantan FA 1 MIFA 1
PDRM 2 Felda United 6
Felcra FC 1 Sabah 1

Advertisement

Must Watch Video