LALIGA
Federico Valverde enggan jadi 'punca' Ancelotti bersara
ELCHE 0 REAL MADRID 3
Federico Valverde berseloroh bahawa dia enggan bertanggungjawab ke atas persaraan Carlo Ancelotti, selepas pengurus Real Madrid itu meletakkan sasaran 10 gol ke atasnya musim ini.
Bintang Uruguay itu sedang meniti ke penanda aras berkenaan dengan membuka jaringan dalam kemenangan 3-0 menentang Elche untuk mengumpul enam gol, sekali gus menghadiahkan kemenangan kesembilan dalam 10 perlawanan LaLiga.
Gol itu menyaksikan Valverde menyamai jumlah jaringan yang dicapainya dalam 148 perlawanan pertamanya bersama Los Blancos, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan Ancelotti.
"Dia perlu memikul tanggungjawab itu.
"Kami bertaruh, saya rasa dia akan meledak lebih daripada 10 gol musim ini," kata pengurus berpengalaman itu kepada DAZN selepas perlawanan.
"Dia pemain yang sangat penting buat kami. Tenaga yang dimilikinya sangat luar biasa. Dia perlu memburu 10 gol."
Valverde berazam untuk mencapai angkah itu dan tidak mahu mengecewakan Ancelotti sambil bergurau bahawa dia tidak akan menjadi punca persaraan jurulatih Itali tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya fokus untuk melakukannya. Ia satu tekanan yang bagus.
"Saya tidak mahu dipersalahkan atas persaraan jurulatih," katanya kepada DAZN.
Kemenangan Madrid menentang Elche itu menyaksikan tiga gol Karim Benzema dibatalkan kerana bantuan video pengadil (VAR) mahupun ofsaid, justeru Valverde mengakui berasa "pelik" apabila cuma satu penyudah pemenang Ballon d'Or tersebut diiktiraf sebelum jaringan Marco Asensio muncul sebelum masa kecederaan.
"Anda perlu membiasakan diri.
"Ia agak janggal. Apabila anda meraikan gol dan anda fikir anda selesa, mereka membatalkan golnya, kemudian satu lagi dan sekali lagi," tambahnya.