Skip to main content

Bola Sepak

Fauzi puji semangat tinggi PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fauzi.jpg
Penolong ketua jurulatih PDRM, Fauzi Pilus, memuji semangat juang tinggi pemainnya ketika bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menang 2-1 ke atas UKM FC dalam Liga Perdana di Stadium Selayang, semalam.

Fauzi mengakui pasukannya tidak memulakan perlawanan dengan baik apabila terpaksa merehatkan beberapa tonggak seperti pemain tengah, Fauzi Majid, daripada kesebelasan utama.

Namun, kemasukan Fauzi dalam babak kedua mengubah rentak perlawanan dan kelebihan turut berpihak kepada PDRM apabila pertahanan UKM, Alif Jamaluddin, dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-72.

"Galakan yang diberikan jurulatih, Zulhamizan Zakaria, begitu positif dan menaikkan semangat pemain PDRM.

"Tidak dinafikan, jarak lima perlawanan yang dekat kami lalui menyebabkan beberapa pemain kami terpaksa direhatkan. 

"Kami terpaksa membawa masuk Fauzi Majid hanya dalam separuh masa kedua," kata Fauzi selepas perlawanan itu.

Dalam pada itu, jurulatih UKM, Sulaiman Hussin, akur kealpaan pemain pada hujung perlawanan menyebabkan pasukannya tewas.

Sulaiman juga sukar menjelaskan mengenai kesilapan penjaga gol, Abdul Gafur Samsudin, ketika lawan meraih gol kemenangan pada minit ke-90.

Bagaimanapun, dia mengesahkan posisi penjaga gol antara yang perlu diperkuatkan dalam jendela perpindahan kedua ini.

"Kemungkinan dua import dan dua pemain tempatan dibawa masuk. Ia melibatkan penjaga gol, pemain tengah, pertahanan kiri dan kanan. Paling utama adalah import di bahagian penyerang. 

"Kami memang ada masalah ini dari awal hingga sekarang. Dalam perlawanan hari ini, ketika ada peluang kami tidak sudahkan, sebaliknya lawan akan mengambil kesempatan. Itu lah bola sepak," katanya.

Advertisement

Must Watch Video