Pertahanan PKNS FC, Fauzan Dzulkifli, menyasarkan tiga mata berharga apabila turun berdepan Kedah dalam aksi Liga Super, esok.
Bagi Fauzan, pasukannya wajar memburu tiga mata apabila beraksi di laman sendiri dalam usaha mengukuhkan kedudukan mereka di tangga ke-10 liga.
Bekas pemain Pulau Pinang dan Felda United ini turut berasakan kedudukan Kedah di tangga ketiga liga juga tidak menjamin kemenangan buat mereka pada Selasa.
Selepas 11 perlawanan, PKNS kini hanya meraih 11 mata dalam saingan Liga Super.
"Kami bermain di laman sendiri, sasaran kami adalah cuba mendapatkan tiga mata penuh. Kedudukan kami tidak terlalu baik dan pasukan harus memberikan yang terbaik mencari kemenangan," kata Fauzan.
Fauzan, yang sebelum ini beraksi di posisi tengah, mengakui semakin serasi selaku pertahanan.
Fauzan memilikii keyakinan bahawa dia sudah bersedia menangani jentera serangan Kedah yang pasti menguji keampuhan benteng PKNS.
"Tiada banyak perbezaan beraksi di bahagian tengah dan pertahanan, ia memiliki satu objektif yang sama ketika bertahan."
Walaupun itu impian PKNS, Kedah memiliki perancangan tersendiri untuk menewaskan mereka bagi memintas Pahang pada Selasa di Shah Alam. Sarawak pula berdepan Selangor di Kuching.