Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) enggan mengambil tindakan drastik merehatkan ketua jurulatih, Nazliazmi Nasir, sebaliknya khidmat pengendali itu akan diteruskan sehingga berakhir kempen Piala Malaysia.
Kedudukan jurulatih beberapa pasukan dalam saingan Piala Malaysia kini tergugat susulan prestasi buruk di awal saingan.
Mangsa pertama adalah Fabio Maciel yang direhatkan pasukan Kuala Lumpur, sambil pengendali Kedah dan Perak, Nidzam Adzha Yusof serta Mehmet Durakovic, kini hanya menghitung hari bersama pasukan masing-masing.
Bagaimanapun, FAS mengambil pendekatan berbeza berhubung perkara itu apabila enggan terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan terhadap kedudukan Nazliazmi walaupun prestasi Selangor kembali merosot.
"Kami tidak mahu apabila berlaku satu keputusan buruk, keputusan mendadak dilakukan. Jadi, kami masih menyokong Nazliazmi untuk melakukan yang terbaik buat pasukan sehingga akhir musim," kata Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon.
Antara nama yang hangat diperkatakan bakal memegang status pengendali buat skuad The Red Giants adalah Durakovic untuk kembali bersama Selangor bagi menggantikan tempat Nazliazmi pada musim depan.
Ia mungkin bukan lagi rahsia dan kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan oleh FAS.
"Kami masih belum buat keputusan tetapi mungkin kami boleh mendekatkan diri dengan pemain-pemain yang menjadi pilihan pengendali itu.
"Kalau boleh, kami tidak mahu melakukan semua perkara pada saat-saat akhir," ujarnya.