Penjaga gawang The Red Warriors (TRW), Mohamad Faridzuean Kamaruddin, bertekad untuk mengulangi aksi terbaik di gawang dalam aksi terakhir Kumpulan C, Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, 16 September ini.
Faridzuean menjelaskan bahawa kejayaan menghalang segala percubaan jentera serangan Kedah dalam aksi pertama di Alor Star dan MISC-MIFA selepas itu mahu diulangi jika terus mendapat kepercayaan pemangku ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah.
"Saya akui cukup bersemangat selepas berjaya mempertahankan gawang daripada ditembusi sepanjang 90 minit menentang MISC-MIFA, baru-baru ini.
"Alhamdulillah, kali ketiga gawang kami tidak dibolosi sepanjang saingan Liga Malaysia dan sudah pasti menjadi motivasi terbaik menghadapi semula skuad kendalian Azzmi Aziz itu.
"Terima kasih kepada rakan pertahanan yang diketuai kapten, Mohamad Farisham Ismail, dan pemain import, Cassio De Jesus, dalam menyerap segala asakan lawan," katanya.
Faridzuean, yang juga bekas penjaga gol Melaka, berharap agar barisan pertahanan dapat mengawasi kelicikan Liridon Krasniqi dan Andik Vermansyah jika tidak mahu berputih mata di laman sendiri.
"Liridon dan Andik cukup berbahaya jika dibiarkan bebas tanpa kawalan ketat barisan pertahanan. Mereka telah buktikan semasa mengalahkan JDT di Alor Setar.
"Selain itu, kelibat pemain muda sensasi bawah 23 negara, Akhyar Rasyid, juga patut diperhatikan kerana semua tahu dia mampu melakukan apa sahaja untuk mengecewakan kami di gelanggang sendiri," tambah Faridzuean.
Dia juga merayu sokongan penuh penyokong setia TRW untuk membanjiri stadium demi bersama-sama meniup semangat pemain.
"Sokongan padu pemain ke-12 amat ditagih dan kami berjanji akan memberikan yang terbaik untuk mencipta kejutan ke atas Kedah."
Kelantan berusaha untuk mencipta keajaiban muncul antara dua pasukan terbaik Kumpulan C bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
Setakat ini, mereka menduduki tangga keempat Kumpulan C dengan lima mata hasil satu menang dan dua kali seri.