Skip to main content

Bola Sepak

Fandi Ahmad antara empat calon kemudi KL City musim depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city.jpg
Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, mengesahkan empat nama kini berada dalam senarai calon utama bagi mengisi jawatan selaku ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City bagi saingan musim 2025/2026.

Fandi Ahmad, Milomir Seslija, Sulaiman Hussin dan S.Balachandran merupakan empat nama yang telah disenarai pendek ketika mesyuarat khas jawatankuasa eksekutif KLFA yang bersidang semalam.

Syed Yazid turut menjelaskan keputusan muktamad mengenai status ketua jurulatih skuad Warga Kota itu hanya akan diketahui pada penghujung Mei nanti.

Tanpa berselindung, dia juga memaklumkan bahawa pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad yang juga bekas pemain KL itu sebagai pilihan utama namun segala-galanya bergantung kepada masa depan Tok Gajah dalam saingan Liga Malaysia musim depan.





"Tiga calon itu adalah S. Balachandran, Sulaiman Hussin dan bekas pemain KL iaitu  Milomir Seslija, untuk jersi akan ada gambaran baru dan logo juga berubah. Lebih ringkas dan menarik.

"Saya ada berhubung dengan Fandi Ahmad tetapi masih terikat dengan Sri Pahang, jika mereka tidak ke liga super maka nama dia kami akan ketengahkan semula," katanya.

Dalam pada itu, dia juga percaya The City Boys tidak berdepan masalah untuk memperoleh lesen kebangsaan sekali gus kekal bersaing dalam kancah Liga Super.

Pihaknya kini sedang dalam proses menyelesaikan isu tunggakan gaji bagi melengkapkan kriteria penting yang telah ditetapkan badan First Instance Body (FIB) sebelum tarikh akhir 10 Mei ini.

"Selepas pengurusan baru ambil alih setiap bulan gaji kami bayar dan tiada tunggakkan, tetapi yang sebelum ini kami perlu selesaikan.

"Dari segi pelesenan memang kami ada kriteria kewangan yang kami akan hantar dalam masa terdekat, kami akan bertanding di Liga Super." tambahnya kepada Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video