Skip to main content

Bola Sepak

FAM perlu lebih telus tangani isu dalaman -- pemerhati bola sepak negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haresh-deol.jpg
'Pendekatan kunci mulut FAM hanya burukkan lagi keadaan', itu ditegaskan pemerhati bola sepak negara, Haresh Deol, merujuk kepada situasi semasa dengan spekulasi perubahan tampuk pucuk pimpinan badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

Memasuki hari ketiga spekulasi perubahan tampuk pimpanan FAM bakal melalui proses perubahan.

Ironinya, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari badan induk itu.

Situasi itu hanya akan memburukkan lagi keadaan, dengan semua pihak sudah mula membuat andaian membabitkan situasi yang dihadapi presiden FAM, Datuk Joehari Ayub, ketika ini.

"Keadaan semasa menambah andaian daripada semua pihak. Ia perlu dijelaskan bagi memastikan pemegang taruh mengetahui status badan induk itu," katanya.

FAM perlu telus dalam menyelesaikan isu dalaman, kenyataan rasmi perlu dikeluarkan segera pihak pengurusan agar imej badan induk itu tidak tercalar dengan pelbagai andaian kurang tepat dari sesetengah pihak.

Ketika FAM dan skuad kebangsaan perlu seiring dalam mengejar sasaran skuad kendalian Peter Cklamovski, isu terbaru dari FAM ketika ini hanya akan membantutkan rasa yakin orang ramai terhadap kemampuan badan induk itu mencipta perubahan.

"Sudah tentu imej terkesan dengan perkara ini. Jadi mereka perlu mencari jalan untuk menjelaskan perkara ini, harus lebih telus."

Advertisement

Must Watch Video