PIALA PRESIDEN
FAM lancar bola rasmi bagi empat kejohanan
Majlis pelancaran bola perlawanan rasmi bagi Piala Presiden, Piala Belia, Liga Wanita Nasional (LWN), dan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) untuk musim ini masih mengekalkan jenama antarabangsa terkenal dari Jerman, Puma, melalui 'Active Sports Centre' sebagai penaja.
Menurut Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed, dengan wujudnya tajaan dari jenama terkemuka itu pasti mampu memangkin semangat sekali gus mengeluarkan mutu permainan yang lebih baik dari setiap lapisan kejohanan.
"Satu penghormatan tertinggi buat FAM di mana Puma juga merupakan rakan strategik dari tahun lalu.
Iklan
"Saya berharap banyak lagi penaja dan rakan strategik yang lain bekerjasama bagi memastikan keberkesanan itu berlaku," kata Mohd Firdaus.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Md Dali Wahid berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), akan memulakan penjagaan yang lebih ketat bagi setiap perlawanan yang diadakan untuk mengelak sebarang kejadian tidak di ingini berlaku.
upsot: acp (b) md dali wahid / timbalan pengerusi jawatankuasa keselamatan fam
"Pihak PDRM sentiasa mengambil berat tentang isu serius melibatkan insiden-insiden besar di antara penyokong dalam setiap perlawanan.
"Keputusan mesyuarat jawantankuasa keselamatan memutuskan bahawa PDRM akan menempatkan beberapa anggota di venue perlawanan dilangsungkan," katanya.
Must-Watch Video