LIGA SUPER MSIA
FAM janji beri bantuan lebih besar kepada ahli gabungan -- Yusoff
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji memberi bantuan lebih besar kepada setiap ahli gabungan seiring dengan pendapatan dan tajaan yang diterima FAM selepas ini.
Seiring dengan misi FAM yang mahukan perubahan ketara, ahli gabungan juga diharap mampu mengikut jejak langkah FAM.
Namun, segala-galanya turut berkait dengan bantuan daripada FAM, yang berjanji mahu menambah jumlah bantuan kepada ahli gabungan, merujuk daripada segi pendapatan dan nilai tajaan terbaru yang diterima FAM.
Iklan
"Kami akan berusaha untuk membantu melalui penajaan yang diperoleh FAM agar dapat membantu persatuan di bawah gabungan kami," kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi.
Yusoff, yang ditemui ketika mesyuarat tahunan Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM), turut memberi lontaran idea untuk mengangkat martabat penganjuran Piala Emas Raja-Raja dengan sasaran ia mampu menjadi kilang utama penyumbang kepada pembangunan bola sepak negara.
"Mutu Piala Emas Raja-Raja perlu dipertingkatkan lagi kerana ia merupakan satu saluran bagi menghasilkan bakat-bakat baru bola sepak negara."
Must-Watch Video