FAM hormati keputusan Pau Marti lepaskan tiga tonggak Harimau Malaya ke JDT
Shaiful Shamsudin
November 16, 2024 15:01 MYT
November 16, 2024 15:01 MYT
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui tidak daya untuk menghalang tindakan ketua jurulatih negara, Pau Marti Vicente.
FAM tiada daya halang keputusan Ketua Jurulatih negara Pau Marti menghantar pulang 3 pemain JDTNamun badan induk itu tidak menafikan kemungkinan persediaan Piala AFF 2024 tanpa kelibat pemain JDT@ASTROARENA pic.twitter.com/lt1tqjI5RF
— FinaNasrom (@fnasrom) November 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu memutuskan untuk menghantar pulang tiga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang merangkumi Matthew Davies, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi -- tatkala skuad kebangsaan menjalani latihan di Bangkok ketika ini -- bagi persediaan bertemu Kuala Lumpur Rovers FC dalam pusingan 16, Piala Malaysia, Rabu depan.
Situasi itu meninggalkan skuad Harimau Malaya dengan 23 pemain dalam kunjungan ke Hyderabad bertemu India, Isnin ini.
Dalam masa sama, badan induk itu tidak menafikan kemungkinan persediaan Piala ASEAN 2024 tanpa kelibat pemain JDT.