FAM beri gambaran staf kejurulatihan skuad B23 mirip skuad kebangsaan

Ammar Hakim
Ogos 22, 2022 19:04 MYT
‘FAM tidak kisah berbelanja lebih’, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, memberikan gambaran kekuatan barisan kejurulatihan skuad bawah 23 tahun, mirip skuad utama.
Ia juga membawa maksud yang jelas, bahawa sekali lagi kombinasi jurulatih luar dan dalam negara bakal jadi pertaruhan.
FAM mengesahkan, pengumuman rasmi akan dibuat dalam minggu ini selepas penelitian ‘watak penting’ yang terlibat sudah berada di fasa akhir.
Walaupun diasak dengan persoalan demi persoalan untuk merungkai siapakah yang akan dipertanggungjawab menggilap pemain 23 tahun sebelum disalur ke skuad utama, badan induk itu lebih selesa berteka teki.
Individu penting yang menjadi orang kanan bagi pemilihan kali ini bertindak mengunci mulut selagi pengumuman rasmi tidak dibuat FAM.
Nama Kim Dong-jin mahupun Kim Hak-bum, seolah-olah semakin hampir ganti posisi yang ditinggalkan Brad Maloney.
Difahamkan, penolong jurulatih merupakan jurulatih tempatan dan jika ia benar-benar berlaku, acuan ini tidak lari jauh dengan skuad utama.
#FAM #Kim Pan-gon #Skuad B23
;