Susulan peletakan jawatan ketua jurulatih skuad bola sepak B-23 kebangsaan, E. Elavarasan, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram, tampil menjelaskan bahawa perbincangan lanjut akan diadakan pada Sabtu ini bagi menentukan siapa calon terbaik mengisi jawatan berkenaan.

Kelmarin, Elavarasan mengejutkan kem kebangsaan apabila memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai pengendali skuad B-23 negara.

Sebagai rekod, Elavarasan pada 1 September 2022 diumumkan sebagai pengendali skuad B-23 kebangsaan yang baru bagi menggantikan Brad Maloney dan pada masa sama masih memegang jawatan sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya di bawah bimbingan Kim Pan-gon.

Mengulas mengenai kekosongan itu, Sivasundaram berkata ringkas kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari: "Setiausaha Agung (FAM ,Datuk Noor Azman Rahman) akan mengeluarkan kenyataan pada Sabtu ini."