Selepas membantu Monaco menjuarai Ligue 1, penyerang Colombia, Radamel Falcao, telah dilanjutkan kontrak sehingga tahun 2020, semalam.
Falcao memulakan musim ini dengan reputasi yang tidak begitu menarik selepas mengharungi kempen mengecewakan ketika dipinjamkan ke Manchester United dan Chelsea, namun kembali ke prestasi terbaik dengan menjaringkan 21 gol dalam 29 penampilan liga musim ini.
Bintang Colombia itu juga tampil memukau dalam saingan Eropah apabila mencatat tujuh gol, termasuk ketika menentang Manchester City dan Borussia Dortmund.
“Selepas melalui musim yang hebat dan menemui semula sentuhan, saya hanya mahukan satu perkara, iaitu melanjutkan kontrak,” kata Falcao.
“Saya gembira untuk meneruskan perjalanan karier saya dan kekal bersama Monaco,” tambahnya.
Dia memegang peranan selaku antara pemain paling senior di dalam skuad kendalian Leonardo Jardim dan digandingkan dengan bintang muda Perancis, Kylian Mbappe.
Sementara itu, Mbappe menyifatkan dia sangat bertuah dapat beraksi bersama bekas penyerang Atletico Madrid itu.
“Saya rasa saya pemain paling bertuah kerana dapat memulakan karier di samping pemain hebat seperti Falcao.
“Dia adalah sebahagian daripada sejarah dan menjaringkan banyak gol,” tambah Mbappe.