BOLA SEPAK
Falcao sah milik Galatasaray
Galatasaray melengkapkan hari terakhir jendela perpindahan musim panas dengan menandatangani penyerang Colombia, Radamel Falcao, secara percuma.
Falcao menandatangani kontrak tiga tahun bersama Galatasaray, dengan perkara itu disahkan oleh juara Turki 22 kali tersebut semalam.
Pemain berusia 33 tahun itu mendapatkan semula sentuhan terbaiknya selepas kembali ke Monaco apabila pinjamannya ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Chelsea, tidak membuahkan hasil.
Iklan
Bekas penyerang Atletico Madrid, Falcao, kembali ke Stade Louis II bagi musim 2016-17, dia mengetuai kelab Monaco yang dibarisi pemain seperti Kylian Mbappe, Bernardo Silva, Fabinho dan Thomas Lemar untuk menjuarai gelaran Ligue 1.
Secara keseluruhannya, Falcao meledak 65 gol dalam 108 penampilan aksi liga bersama Monaco di samping menjaringkan 11 gol dalam 22 perlawanan Liga Juara-Juara (UCL).
Falcao disambut ribuan penyokong ketika tiba di Istanbul kelmarin -- satu pengalaman yang pasti meninggalkan kesan.
"Saya meninggalkan lapangan terbang dengan perasaan yang berbeza. Saya mahu kekal di sana dan bersama penyokong untuk beberapa minit lagi.
"Saya membawa keluarga saya ke sini kerana saya mengetahui Galatasaray memiliki komuniti yang besar dan menerima kehadiran saya dengan meriah sekali.
"Sekali lagi, ini merupakan satu keputusan yang tepat dan saya sangat gembira.
Galatasaray turut membawa masuk pemain seperti Steven Nzonzi, Jean Michael Seri dan Ryan Babel bagi memperkuatkan lagi pasukan.
Must-Watch Video