PIALA DUNIA
Falcao, Ospina harap Rodriguez segera pulih
Radamel Falcao dan David Ospina senada dengan seluruh rakyat Colombia yang berharap rakan sepasukan, James Rodriguez, akan kembali pulih daripada kecederaan.
Rodriguez memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama berdepan Senegal di Samara semalam tetapi terpaksa meninggalkan padang dalam pada permainan selepas mengalami masalah kecederaan otot.
Dalam sidang media pasca perlawanan, ketua jurulatih, Jose Pekerman, masih tidak mengesahkan sama ada ia kecederaan betis yang berulang ketika dia terlepas aksi pembukan Kumpulan H berdepan Jepun.
Iklan
Yerry Mina menanduk masuk jaringan tunggal perlawanan yang membenarkan Colombia mengungguli kumpulan dan mara ke pusingan 16 serta bakal berdepan England di Moscow, Selasa ini.
Ospina berharap untuk menyaksikan Rodriguez kembali beraksi.
"Kami berharap kecederaan Rodriguez tidak terlalu serius dan dapat kembali bersama pasukan," kata penjaga gol Arsenal itu.
"Kami menyedari setiap pasukan memiliki elemen istimewa, pemain-pemain yang berkualiti. Kami memikirkan mengenai tugas kami, melakukannya dengan baik dan melihat ke hadapan.
"Kami mempunyai cita-cita yang tinggi dan saingan pula semakin sukar.
"2014 merupakan kenangan yang istimewa. Kami melalui saat sukar dalam edisi kali ini.
"Tetapi cita-cita ini membantu kami untuk terus melihat ke hadapan. Colombia telah menampilkan permainan terbaik dalam setiap perlawanan."
"Kami mahu berharap apa yang berlaku hari ini dan menganalisanya dengan tenang esok," kata Falcao, manakala Mina menyedari kepentingan pemenang Kasut Emas 2014 itu kepada Colombia.
"Sungguh malang kerana dia terpaksa meninggalkan padang awal dalam perlawanan ini. Kami perlu membantunya untuk mengharungi proses pemulihan kerana dia seorang pemain yang memberikan kegembiraan kepada Colombia."
Must-Watch Video