MONACO 1 NANCY 0
Radamel Falcao meledak gol tunggal perlawanan untuk membantu AS Monaco menempah pertemuan akhir Coupe de la Ligue menentang penyandang juara, Paris Saint-Germain (PSG), selepas menumpaskan Nancy 1-0 dalam aksi di Stade Louis II, awal pagi tadi.
Kali terakhir Monaco beraksi dalam perlawanan akhir adalah pada 2003 yang menyaksikan mereka menjulang Piala Coupe de la Ligue dengan menewaskan Sochaux.
Biarpun peneraju Ligue 1 itu gagal menampilkan permainan yang meyakinkan apabila dibayangi rekod tiga kekalahan dalam aksi separuh akhir, namun kali ini mereka berjaya lolos menerusi kemenangan tipis.
Gol Falcao itu dijaringkan sebelum permainan menuju waktu rehat apabila penyerang Colombia itu menghukum kesilapan penjaga gol Nancy, Guy N'Dy Assembe, menerusi tandukan.
Monaco hanya tewas sekali dalam aksi domestik di tempat sendiri musim ini meskipun pelawat berjaya mencipta banyak ancaman ke arah pintu gol mereka.
Kemenangan itu bakal menyaksikan pertembungan Monaco dan PSG pada 1 April depan, dan kedua-dua pasukan berpeluang untuk menguji kekuatan mereka lebih awal minggu ini dalam aksi liga.