Skip to main content

Bola Sepak

Faktor keluarga dorong Al Hafiz pilih Lang Merah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

al-hafiz-harun.jpg
Tonggak baru Kedah Darul Aman, Al Hafiz Harun, menjadikan faktor keluarga sebagai keutamaannya ketika ini apabila mengakui terpaksa menolak tawaran Terengganu. 

Masalah jantung yang dihadapi ibunya membuatkan anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu memilih Lang Merah sebagai destinasi musim depan.

"Saya juga mendapat tawaran daripada sebuah kelab gergasi Pantai Timur, Terengganu, tapi terpaksa menolaknya disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi orang tua saya. 

"Keluarga menjadi keutamaan saya ketika ini hingga terpaksa menolak tawaran daripada Terengganu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Tambah 'Awang', dia yakin mampu membuktikan kredibilitinya bersama skuad Hijau Kuning selepas tiga musim bersama Penang, lebih-lebih membantu kelab jiran itu meraih tangga ketiga Liga Super musim lalu. 

"Saya tidak boleh janjikan sebarang kejayaan, tapi saya janji akan buat sebaik mungkin pasukan, peminat Kedah dalam Liga Super, Piala Malaysia dan Piala AFC. 

"Ini kali pertama saya kembali ke Kedah yang akan dibarisi pemain muda. 

"Ia pasti akan mengambil sedikit masa untuk mencipta keserasian tapi saya dan rakan-rakan akan buat sebaik mungkin," katanya lagi. 


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video