Skip to main content

Bola Sepak

Fajer: Kenali falsafah bola sepak saya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trainning-fajer-ibrahim.jpg
Ketua jurulatih Kelantan, Fajer Ibrahim, sedia mengambil risiko menurunkan pemain muda yang berkualiti bagi menghadapi perlawanan penting menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Biarpun ini adalah ujian pertama The Red Warriors (TRW) di bawah kendaliannya, dia memiliki generasi muda bola sepak Kelantan yang mempunyai semangat juang  tinggi yang cukup membanggakan.

“Sekarang, kami mempunyai ramai pemain muda yang boleh diharapkan. Ini sejarah buat Kelantan dan saya mesti menyokong (situasi ini) kerana bola sepak perlukan darah segar.

“Kelantan memiliki pemain muda berbakat. Jadi, mengapa kita tidak memberi peluang kepada mereka untuk beraksi? Anda akan melihat lebih ramai pemain muda dalam pasukan TRW selepas ini,” katanya.

Fajer juga menjelaskan kemenangan dalam setiap perlawanan menjadi sebahagian daripada falsafah bola sepaknya dan mahu  pemain yang diturunkan menentang skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah itu memberikan aksi terbaik. 

“Anda kena tahu falsafah bola sepak saya. Saya mahu menang dalam setiap perlawanan, tidak kira beraksi di gelanggang sendiri atau tempat lawan.

“Saya tidak berminat untuk bercakap tentang keputusan seri atau kalah, sebaliknya mahu memastikan Kelantan memungut mata penuh menentang skuad Rusa, malam ini."

Untuk rekod, TRW berada di tangga kedua tercorot carta Liga Super apabila sekadar memungut empat mata hasil daripada satu kemenangan dan sekali seri manakala Negeri Sembilan di dasar liga dengan tiga mata.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video