Skip to main content

Bola Sepak

Faiz Nasir kini milik Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faiz-nasir-2024.jpg
Kelab Liga Malaysia (Liga-M), Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memperkuatkan bahagian sayap skuad Sang Kenari apabila menyambar khidmat Muhammad Faiz Mohd Nasir bagi saingan musim 2024/25.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.

"Saya pernah dilamar Kedah ketika awal pembabitan saya di Liga Perdana dulu bersama PBAPP FC.

"Saya gembira untuk menabur bakti bersama Kedah dan dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain di sini.

"Saya lebih selesa untuk beraksi walaupun rakan sepasukan dan suasana baharu di Kedah.

"Saya mahu kembali ke puncak prestasi membantu Kedah kekal sebagai pasukan antara yang terbaik di Malaysia," kata Muhammad Faiz yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan pada 2019.

Sebagai rekod, pemain berketinggian 1.56 meter kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu merupakan antara pengrekrutan terbaharu kelab selepas Syafiq Ahmad dan Rizal Ghazali sebelum ini.

Muhammad Faiz memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional bersama Kelantan pada 2013 diikuti Felcra FC, Selangor, Kelantan United serta Terengganu FC.-Sinar

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video