LIGA SUPER MSIA

Faiz Mazlan minat sertai pesaing Penang FC

Shaiful Shamsudin 04/02/2024 | 12:12 MYT
Tonggak tengah, Muhammad Faiz Mazlan, masih menanti tawaran daripada kelab Liga Super selepas tidak lagi kekal bersama Penang FC untuk saingan musim 2024/2025.
Tanpa berselindung, Faiz mengakui sukar untuk mencari kelab baru memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) hanya akan membuka tirai Mei depan.
Pemain berusia 27 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk beraksi dalam Liga M3 seandainya gagal untuk mendapatkan pasukan divisyen utama itu.
"Buat masa ini kontrak saya sudah tamat bersama Penang FC dan masih mencari pasukan baru bagi saingan 2024.
"Insya-Allah akan dapat perkhabaran indah dalam bulan ini.
"Saya masih boleh terima jika kontrak hadir daripada Liga M3, namun harapan utama masih kekal beraksi dalam saingan Liga Super," katanya di Nadi Weekend, sebentar tadi.
Dan ketika ditanya mengenai penambahan kuota enam pemain import yang dibenarkan beraksi atas padang musim ini, Faiz percaya ini peluang terbaik buat pemain tempatan untuk membuktikan kredibiliti masing-masing.
"Musim lalu prestasi saya agak memberangsangkan ketika bersama Kelantan tetapu senario sedikit berbeza selepas berpindah ke Penang.
"Saya harap saya dapat bangkit musim ini," katanya.
#liga super #Liga-M #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia
;