Skip to main content

Bola Sepak

Faiz Mazlan hargai peluang kedua kembali ke Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faiz-mazlan.jpg
Selepas semusim beraksi dalam Liga A1 Semi Pro, Faiz Mazlan mengesahkan bahawa dia bakal melakukan penampilan semula di pentas Liga Super bagi musim 2025/2026.

Tanpa mendedahkan nama kelab, pemain tengah yang disapa 'Macha' itu nyata lega apabila masih ada pihak yang mempercayai kemampuan bakatnya untuk bersaing dalam saingan tertinggi liga domestik.

Tanpa berselindung, bekas perancang Kuala Lumpur (KL) Rovers itu mengakui dia tidak menyangka apabila ditawarkan kontrak bersama kelab Liga Super, terutama selepas wujud lambakan pemain susulan penutupan serta pengunduran beberapa pasukan.

Pemain berusia 28 tahun itu memberi jaminan dia tidak akan mensia-siakan peluang terhidang ini bagi membuktikan kredibilitinya, sekali gus bantu pasukannya mencapai keputusan terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Selain KL Rovers, Macha turut pernah menyarung jersi Penang, Kelantan, Felda United serta Petaling Jaya City.

"Saya boleh sahkan bahawa sudah mempunyai pasukan pada tahun ini cuma belum boleh dedahkan lagi.

"Saya beri laluan kepada kelab untuk buat pengumuman. 

"Jurang Liga A1 Semi Pro memang berbeza dengan Liga Super. Amat sukar untuk pemain tempatan (mendapat) tempat dalam Liga Super.

"Ini peluang untuk saya buktikan kemampuan. 

"Saya akan cuba dapatkan minit permainan dan pastikan pasukan berada di pertengahan liga," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video