Skuad bola sepak pantai Harimau Malaya bakal mengharungi saingan hebat pada Sabtu apabila akan berdepan juara Piala Asia Bola Sepak Pantai edisi 2006 iaitu Bahrain dalam perlawanan pertama kali ini yang berlangsung di Jomtien Arena, Thailand.
Perlawanan esok merupakan langkah pertama kem negara dalam misi merebut kejuaraan Piala Asia 2025 bersama 16 pasukan lain dan untuk rekod prestasi terbaik kem negara adalah pada 2019 apabila berjaya mara sehingga peringkat suku akhir kejohanan.
Salah seorang skuad kem negara, Faisal Saharuddin, menanam harapan agar pasukan mampu meraih kemenangan di aksi pertama menentang Bahrain dan dia juga akui persiapan pasukan berada di landasan yang baik.
"Persiapan pasukan kini agak baik namun rakan-rakan sedikit penat setelah perjalanan dari Malaysia ke Pattaya"
"Harap kami dapat raih kemenangan dalam aksi pertama menentang Bahrain pada Sabtu" - kata Faisal Saharuddin.
Dalam pada itu, Faisal juga memberitahu bahawa Jurulatih Mohd Saiful Md Noor gesa ahli pasukan untuk terapkan perlawanan pertama seperti perlawanan terakhir. Dalam pada itu, Malaysia sekali lagi akan haringu cabaran berat di perlawanan kedua apabila bakal bertemu juara 2015, Oman pada 23 Mac.

? Dengarkan reaksi pemain skuad Harimau Malaya, Faisal Saharuddin menjelang aksi pertama Kumpulan D, Piala Asia Bola Sepak Pantai 2025 menentang Bahrain, malam esok.#FAM #HarimauMalaya #ACBeachSoccer25 pic.twitter.com/dT8kTmlytq
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 20, 2025