Tonggak Selangor FC, Faisal Halim, dikenakan hukuman penggantungan sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Faisal didapati melanggar artikel 61 kod tatatertib FAM dan artikel 82 statut FAM menerusi kenyataan yang dikeluarkannya ketika sesi temu ramah media selepas perlawanan Liga Super 2023 menentang Sabah FC di Stadium Likas pada 27 April 2023.

"Saya kecewa dengan keputusan kami tewas. Perkara yang berulang setiap tahun dan jika saya mengatakan perkara ini, saya tidak mempunyai duit untuk membayar denda. Saya merayu dan berharap perkara ini tidak berulang, kami mahukan perlawanan yang adil," kata Faisal Halim menerusi temubual dalam video yang dimuatnaik di youtube.

"Saya boleh terima tewas 10-0 jika perlawanan bersifat adil dan sukar untuk menerimanya dengan hati terbuka."

Inilah antara kenyataan yang dikeluarkan Faisal Halim hingga membawa padah bukan hanya untuk dirinya malah keseluruhan pasukan Selangor.

Kenyataan tersebut yang dikeluarkan pada 27 april 2023 dalam satu temubual media selepas perlawanan Liga Super menentang Sabah.

Dan apa dikhuatiri oleh Faisal akhirnya terjadi apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan semalam menerusi Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, mengesahkan bahawa Faisal dkenakan penggantungan sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Faisal sebenarnya digantung empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November 2023 tetapi hanya dikenakan penggantungan sebulan di mana penggantungan tiga bulan seterusnya ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakukan baik selama 12 bulan bermula tarikh 24 ogos 2023.

Dalam satu lagi kes membabitkan pengadil perlawanan ketika aksi Piala FA 2023 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 26 Jun 2023, Faisal dan seorang lagi pemain Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee diberikan amaran keras.

Faisal bagaimanapun diberikan peluang membuat rayuan rasmi terhadap hukuman penggantungan itu.

Faisal direhatkan daripada beraksi dalam mana-mana perlawanan sehingga 25 Ogos iaitu perlawanan pasukannya Selangor berdepan Kelantan nanti.