BOLA SEPAK

Faisal Halim, Sumareh umpama 'Tom and Jerry' -- Kim Pan-gon

Stadium Astro
Najmi Iman
22/07/2024
09:49 MYT
Sponsor Banner
Faisal Halim, Sumareh umpama 'Tom and Jerry' -- Kim Pan-gon
Bekas ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, menceritakan tentang kenakalan anak buahnya sewaktu latihan skuad kebangsaan yang menggamit suasana semasa menjawat jawatan tertinggi pasukan negara itu.
Perkara yang membuatkan pengurus kelahiran Korea Selatan itu sukar untuk melupakan ialah melihat telatah di antara Faisal Halim, dan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh, yang dianggap seperti 'Tom and Jerry' kerana sering membuat para pemain dan barisan kejurulatihan terhibur terhadap mereka berdua.
Malah, pengendali berusia 55 tahun itu mendedahkan sesuatu yang tidak disangka bahawa tunjang utama Penang, Syamer Syamer Kutty Abba, turut menjadi penghibur atas sikap peramahnya yang memeriahkan situasi dalaman skuad Harimau Malaya itu.
Selain itu, sifat yang dimiliki oleh Safawi Rasid juga menjadi tumpuan apabila kerap kali melakukan perkara yang membuatkan semua orang tertawa melihatnya selain Junior Eldstal yang mempunyai perwatakan menarik tatkala menjadi sangat peramah bersama pemain tempatan yang lain.
Dalam masa sama, nama penjaga gol Kuala Lumpur City, Azri Ghani, yang sentiasa mencuit hati pengurus pasukan tersebut atas kelakuannya yang tidak dapat dilupakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video